Setelah Syarif Nakhoda didapati tidak pulang ke Pagar Ruyung setelah mengISLAMkan Srivijaya di Palembang.. jejaknya dapat dikesan di salah sebuah wilayah jajahan Srivijaya iaitu Fo-Lo-An (Kuala Berang).
Fo-Lo-An ketika di zaman kegemilangan kerajaan Buddha Srivijaya.. adalah sebuah pelabuhan besar di sebelah pesisiran pantai menghadap ke Laut China Selatan. Srivijaya banyak menerima manfaat daripada jajahan takluknya ini. Setiap tahun.. Fo-Lo-An membayar ufti kepada Palembang ketika itu melalui wakil yang dilantik.
Ada satu dua tulisan sejarah seperti I-Ching dari China dan Ptolemy.. membicarakan betapa hebatnya pelabuhan Fo-Lo-An ini dan hubungannya dengan Srivijaya di Palembang ketika itu.
Fo-Lo-An bebas merdeka dan diubah sosialpolitiknya oleh 'seseorang' yang dikatakan agak misteri kemunculan wataknya. Kemunculan Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Muhammad bin Abdullah al-Kamil ini turut melahirkan sebuah lagi kawasan baru yang berada tidak jauh dari Kuala Berang.. iaitu Dungun (salah sebuah daerah dalam negeri Terengganu kini) oleh anak didik kepada Syarif sendiri yang dibawa terus dari Pagar Ruyung. Menurut sejarah tempatan.. anak didik Syarif Muhammad al-Baghdadi ini adalah seorang pendakwah dan juga seorang saudagar.
Allahu'Alam.
Allahu'Alam.
Berdasarkan sumber dari Aceh, Palembang, Hadramaut Yaman serta sejarah tempatan, terdapat satu persamaan yang nyata dalam sumber-sumber ini di mana watak bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi ini adalah Abdullah al-Kamil ibni Hassan al-Muthasan.
Kampung Temir yang ditemui kini di Hulu Terengganu dahulunya merupakan bekas tapak keSultanan ISLAM al-Kamil - bersempena dengan nama ayahanda kepada Syarif Muhammad al-Baghdadi. Berkeluasan 300 ekar... turut menjadi tempat berhimpunnya para sultan seluruh Nusantara dan raja-raja daerah. Batu Bersurat Kuala Berang adalah bukti yang paling utama untuk menyatakan hal ini!!
Bahkan cerita mengenai kedatangan Sultan al-Malikus Salleh; pemerintah Samudera-Pasai yang telah diISLAM Sunikan oleh Syeikh Ismail yang makamnya terletak di Pulau Besar Melaka (dulunya...dikenali Pulau Tengkera).. pernah sampai ke sini sekitar tahun 1290M adalah benar.
Menurut, Hilmi Bakar; seorang sejarawan dan sosialis di Acheh.. kedatangan ini adalah kedatangan seorang raja menghadap sang khalifah!! Apa maksudnya???
~TMT~
Mohon maaf saya menyampuk,
BalasPadamIni cerita besar tuah hamba, mengapa digantung sedemikian rupa ? Khabarkanlah, anak cucu ingin mendengar cerita lama...
Bumi Madinah Timur ini penuh dgn misteri... byk tesis ttg perkara ini tdk dpt disiapkan... klu ade yg cube mendedahkan perkara ini dgn lebih terperinci akan mengalami hal2 yg tdk diingini...
BalasPadamAllahu'Alam.
"Tamra di Benua Terengganu"
"Persiapan dari Bumi Madinah Timur"
salam...
BalasPadamsedikit persoalan?
-dr mana asalnya nama TEMIR dan apa maknanya?
-Syarif Abdullah atau dipanggil dgn panggilan Tuk Pauh tetapi dimakamkan di kg Temir, kenapa tidak dinamakan Tuk Temir?
persoalan ni dh lama di fikiran..
harap jika ada yg dpt memberi sedikit penjelasan...
terima kasih..
Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar ... Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.
BalasPadamTa Mim Ra = Temir / Tamra
BalasPadam