Tamra di Benua Terengganu
Persiapan dari Bumi Madinah
Ahad, Disember 11, 2011
Kesultanan Terengganu
1733-1794: Sultan Mansur I
1794–1808: Sultan Zainal Abidin II
1808–1830: Sultan Ahmad
1830: Sultan Abdul Rahman
1830–1831: Sultan Daud
1831–1837: Sultan Mansur II
1837–1839: Sultan Muhammad
1839–1876: Baginda Omar
1876–1881: Sultan Ahmad Shah II
1881–1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
1918–1920: Sultan Muhammad Shah II
1920–1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1942-1945: Sultan Ali
1945-1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah
1979-1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
1998-kini: Sultan Mizan Zainal Abidin
Jumaat, November 11, 2011
Tok Pulau Manis dan Tanah Jawa
Berdekatan dengan makam Tok Pulau Manis terdapat makam puterinya iaitu Ummi Kalthum seorang Jawa yang menyerupai batu nisan di Kompleks Permakaman Sunan Ampel. Ini kerana isteri pertama Tok Pulau Manis adalah seorang wanita Jawa dari Ceribon. Manakala isteri kedua berasal dari Terengganu memperolehi 4 orang anak lelaki Abdul Jamal, Abdul Kamal, Abdul Qahar, dan Abdul Kasim. Pada 1684H keempat-empat anak Tok Pulau Manis berhijrah iaitu Abdul Kamal ke Pulau Jawa; Abdul Jamal ke Sumatera, Acheh; Abdul Kahar …………..; dan Abdul Kasim ke Thailand. Ini menunjukkan adanya hubungan antara Tanah Jawa khususnya di Demak , Ceribon dengan Kerajaan Terengganu pada abad ke 16H.
Petikan karya buku : Maulana Malik Ibrahim Pelopor Dan Penyebar agama Islam di Tanah Jawa.
Oleh Ahmad Shukri Ghazali al-Kelangi
Rabu, Ogos 31, 2011
Terengganu di bawah Kesultanan Johor
Isnin, Julai 25, 2011
Asal-usul Nama Terengganu dan Batu Bersurat
Sabtu, Jun 11, 2011
Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) : Menyingkap Rahsianya
Rabu, Mei 25, 2011
Kepingan-kepingan Batu Bersurat Batu Belah Kuala Berang


Tika masa dan ketika semakin suntuk, dibukakan sedikit dengan harap ia membawa sedikit sebanyak erti dan manfaat.. ...Di benua jauh segalanya bermula...
Dengan izin Allah, ditunjukkan kepada tuan puan yang dihormati. Batu Bersurat Asli Kuala Berang yang tarikhnya jauh lebih awal dari Batu Bersurat Piagam Terengganu 702H. Setelah sekian lama 'disimpan' kini tiba masanya ianya kembali...
Menjadi bukti tempat bermula dan berakhirnya perjuangan yang hakiki..
Di benuaku ini penentu agama Rasullulah.. -BBPT702
p/s: Batu Bersurat ini dipamerkan di Pameran Tamadun Islam "Episod 1 - Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian" di Taman Awam Pantai Batu Burok,Terengganu Darul Iman / Darus Salam bermula dari 25 Mei hingga 13 Jun 2011.
Jumaat, April 01, 2011
Penemuan Batu Bersurat
KUALA TERENGGANU 30 Mac (Utusan Malaysia) – Penemuan Batu Bersurat pada 1887 di kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah sebuah negeri terawal di Malaysia menerima Islam berbanding Melaka dan Kedah.
Malah batu itu merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.